Berapa Modal Bisnes Shaklee ?

Ramai yang tanya nak join bisnes Shaklee kena ada berapa modal?

Jawapannya, tak perlu modal yang besar pun! Hanya bayar RM35 sahaja untuk jadi ahli Shaklee, sama ada untuk makan sendiri atau nak mula buat bisnes. Dan yang paling menarik, bayaran ini hanya sekali seumur hidup! Berbeza dengan sesetengah syarikat lain, di mana kalau nak jadi ahli untuk makan sendiri kena bayar lain, dan kalau nak buat bisnes pula ada bayaran tambahan lain. Shaklee tak macam tu.

Apa kelebihan bisnes Shaklee?

Shaklee ni memang sesuai untuk sesiapa saja yang nak mula berniaga dengan mudah. Antara sebab kenapa bisnes ini menarik ialah:

  • Tak perlu modal besar – Bayar RM35 sahaja, tak perlu keluarkan duit lebih untuk beli stok yang banyak.
  • Tak perlu simpan stok – Shaklee uruskan stok untuk anda, jadi tak perlu risau masalah ruang penyimpanan.
  • Tak perlu keluar untuk pos barang – Semua proses pos diuruskan oleh pihak Shaklee. Anda hanya perlu submit order melalui laman web mereka.

Bagi ibu-ibu, terutama yang ada anak kecil, bisnes ini memang sangat mesra keluarga. Saya faham betapa mencabarnya nak keluar rumah, bawa anak sambil uruskan barang untuk pos. Dengan Shaklee, masalah itu tak timbul sebab semuanya boleh dibuat secara online.

Urus niaga mudah

Anda hanya perlu submit pesanan di laman web Shaklee, dan mereka akan uruskan penghantaran kepada pelanggan. Bonus harian pun boleh terus dipantau melalui laman web. Segala urusan menjadi lebih mudah dan pantas.

Potensi pendapatan dengan Shaklee

Satu perkara yang membuatkan Shaklee berbaloi ialah peluang pendapatannya. Untuk sales pertama sebanyak RM10,200, anda dah layak menerima 21% cash bonus. Ini bermaksud, anda boleh mula menjana pendapatan 4 angka pertama seawal jualan tersebut! Selain itu, dengan mencapai sales RM10,200, anda juga terus layak naik pangkat ke tangga pertama dalam sistem Shaklee, iaitu Supervisor.

Bayangkan, hanya dengan 10k sales dalam sebulan, anda dah boleh rank up. Kalau anda bandingkan dengan syarikat lain, ada yang memerlukan sehingga 20k atau 50k sales untuk naik pangkat. Tapi dalam Shaklee, untuk capai 50k sales, anda sebenarnya dah berada di rank ke-4, dengan potensi pendapatan 5 angka sebulan.

Betapa mudahnya nak rank up dalam bisnes ini. Jika anda benar-benar serius, fokus, dan buat dengan bersungguh-sungguh, anda boleh mula melihat hasil seawal bulan pertama!

Kenapa Shaklee pilihan terbaik untuk bisnes?

Selain struktur pendapatan yang menarik, Shaklee juga menawarkan produk yang sangat berkualiti dan dipercayai ramai. Produk Shaklee telah berada di pasaran selama lebih 60 tahun dan diiktiraf secara saintifik. Ini menjadikan Shaklee jenama yang mudah diterima pelanggan, sebab ia memang terbukti berkesan dan selamat.

Tambahan pula, sokongan daripada team bisnes sangat kuat. Bila anda join, anda tak akan dibiarkan sendiri. Dalam team saya, kami ada pelbagai panduan, strategi, dan bahan promosi yang boleh membantu anda. Semua orang saling menyokong untuk sama-sama berjaya.

Hanya RM35 seumur hidup

Dengan hanya RM35, anda bukan sahaja dapat menikmati keahlian Shaklee, tapi juga berpeluang menjana pendapatan. Apa yang anda dapat termasuk:

  • Diskaun ahli untuk pembelian produk.
  • Peluang buat bisnes dengan sistem yang tersusun.
  • Bimbingan daripada team bisnes yang berpengalaman.

Pendek kata, Shaklee menawarkan peluang bisnes yang sangat berbaloi dengan kos permulaan yang rendah.

Tunggu apa lagi?

Kalau anda tercari-cari bisnes yang mudah untuk dimulakan, modal rendah, dan boleh dilakukan dari rumah, Shaklee adalah pilihan yang tepat. Jangan tunggu lama-lama! Peluang untuk menjana pendapatan sambil menikmati produk kesihatan yang hebat ini sedang menanti anda.

Jom sertai team Shaklee saya yang awesome! Klik link di bawah untuk maklumat lanjut dan mula perjalanan anda hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *