ajht shaklee

AJHT Shaklee atau advance joint health tablet ni bagus untuk masalah sakit lutut sendi tulang. Banyak kisah yang saya tulis pasal AJHT di blog lama. Jom kita baca untuk refresh kembali.

Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

Sendi-sendi membentuk hubungan antara tulang-temulang yang memberi sokongan dan membantu anda bergerak. Ia terdiri daripada tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair-cecair sinovia (bendalir yang melicinkan sendi-sendi) yang memberikan keselesaan antara tulang-temulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.

Sakit Sendi dan Ketidakselesaan

Semakin umur meningkat, tulang rawan menyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal yang berterusan dan bebanan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan dan menyebabkan ketidakselesaan sendi dan
pergerakan terbatas.

AJHT Shaklee

Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

Bagaimana ia Berkesan ?

1. Menyokong keselesaan sendi

Ekstrak Boswellia : Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.
Ekstrak Boswellia adalah gum resin dari pokok Boswellia serrate. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. AKBA menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

2. Bertindak sebagai kusyen

Ekstrak Jagung: Membantu mengekalkan tulang rawan
Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Glukosamina juga ditemui dalam tendon dan ligamen. Namun, semakin tubuh menua,jumlah glukosamina yang dihasilkan oleh tubuh semakin merosot. Banyak kajian yang diterbitkan menunjukkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menggalakkan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksibel. Dan lagi, kajian bertahun-tahun juga mengesyorkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa panjang.

3.Memelihara tisu penyambung yang sihat

Zink, Tembaga, Mangan and Vitamin C : Nutrien penting dalam kesihatan sendi.
Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

Keistimewaan Shaklee

  1. Sentiasa Berkesan – Ekstrak proprietari Boswellia yang digunakan dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswellia AKBA yang pekat bagi menyokong keselesaan sendi, tetapi juga mengandungi bahan semulajadi lain daripada resin. Boswellia yang mempunyai bioaktiviti yang lebih baik bila bergabung berbanding AKBA sahaja. 100% bebas kondroitin bagi penyerapan ekstrak jagung yang lebih baik. (Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat kondroitin juga boleh menggangu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina).
  2. Sentiasa Selamat –100% berasaskan sayur-sayuran. Kaplet mudah ditelan. Bebas gluten.
  3. Sentiasa Mesra Alam – Botol yang dikitar semula. Pembungkusan yang Bebas bisfenol-A (BPA).

Testimonial AJHT

Tahun Baru: Semangat AJHT SHAKLEE

Tahun BARU 2013. Alhamdulillah, dapat lagi kita menikmati nikmat Allah yang tak terkira banyaknya. Kalau kira punya kira, banyak dah pengalaman pahit manis yang aku lalui dalam 2012 ni, termasuklah hutang pelajaran aku dengan Universiti Malaya sebanyak RM 54, 000 tu.

Ya Allah, aku akan berusaha untuk bayar balik duit tu, Duit tu bukan aku punya, itu rakyat punya, aku telah meminjamnya, dan aku akan pulangkannya kembali. 

Sempena tahun baru ni, aku dah mula pandang ke depan. Aku nak cuba promosikan produk tahun baru SHAKLEE ni dengan bersungguh-sungguh, tak mahu jadi macam ALI BABA yang malas nak kerja.

Apapun penat kerja wife aku yang bertungkus lumus supaya kami berjaya mencapai ke tahap sekarang. Dalam masa yang sama, kami nak tolong ramai orang luar di sana, supaya berubah dan keluar dari COMFORT ZONE mereka. Marilah kita bersama-sama bergerak maju.

Lepas ni, nak balik kerja ni, kerja sana sini biarlah rajin sokmo, dah ada AJHT ni, sedap sikit badan ni. Boleh panjat tiang sume, duduk lama tak kebas dan sebagainya. Badan pun rasa ringan.

Aku juga nak buat benda yang aku suka, nak tanamkan sifat suka tolong orang dalam diri, nak cuba mencari dan mendalami ILMU IKHLAS. Jom kita semua , BERGERAK MAJU dan TERUS MAJU. GO RMC GO !!!!

ajht shaklee

Kenapa AJHT Selalu Habis ?

Kenapa ye oh kenapa ? AJHT atau nama jawanya Advanced Joint Health Tablet diberitakan telah habis dibolot oleh semua SID , baru je berita AJHT ada, terus habis dalam masa sejam dua jam. Memang gila betul penangan AJHT nih. 

Cerita pasal downline saya yang bersusah payah carikan AJHT untuk mak dan makcik mereka, saya terharu dan cari AJHT tu sampai habis. Ianya membuatkan AJHT memang terbaik dan banyak membantu, dan terbukti produk nye berkesan dan beri manfaat kepada orang yang kita sayang.

Tapi cerita lagi tentu sekali pasal member saya AK , ajk surau yang katanya puas hati dapat telan AJHT dan Ostematrix. Sebab tu dia tertarik nak buat business Shaklee, sebab sudah jatuh cinta dengannya. Jadi memang mudah nak buat busineas kalau kita pernah guna produk dan selalu berkongsi kebaikan produk pada orang lain.

ajht

Bolehkah Ali Baba Sembuh Bila Makan AJHT Shaklee ?

Satu sedutan dari filem Ali Baba Bujang Lapok, korang boleh tengok dari minit 13 terus, tengok tangan Ali Baba yang berbunyi-bunyi tu, adui nampak macam ngeri. Rasanya kalau makan AJHT boleh sembuh tak ?

Oklah, pagi jumaat yang dimulakan dengan facebook dan blogging ni, saya nak beri jawapan saya , yang saya duk tanya kat group RMC, Soalan dia berbunyi :

1) Kenapa Awal tahun Shaklee buat promosi AJHT ?

2) Cuba tgk video di atas dari minit 13.00 sampai habis, hehe, kalau ali baba tu kita kasi AJHT boleh sembuh tak ?

Untuk menjawab soalan ini, saya akan tengok video ni dari mula sampai habis. Dari pengamatan saya, Ali Baba ni di gambarkan , memang pun sah pemalas, malas kerja, dok minta sedekah, dan sebagainya. Pastu ada ke dia buat alasan tangan lembik nak pergi kerja, memang tak boleh harap sungguh. Jadi bila dah tengok ni, saya pun terfikir, oh ok, baru aku faham falsafah disebalik AJHT ni, (hahaha orang duk nak makan, tak sangka vitamin pun ada falsafah jugak)

Jawapan 1

Secara dasarnya, tentulah SHAKLEE nak promote produk dia, hahaha, nak kasi laku, nak kasi semua orang tahu produk dia, pastu ramailah distributor ni dapat jual dengan banyaknya. Tapi itu bukannya falsafah, itu marketing. 

Cuba baca balik poster tu AJHT tu, “The Natural Way to Keep you Moving” . Tengok keywords paling penting kat sini, ” MOVING” , moving tu bergerak, bermotivasi, maju kehadapan. Sempena tahun baru 2013 ni, kita kena bergerak kehadapan. Perkara yang dah lepas hanyalah sejarah dan tauladan dan pengajaran. Sebab tu SHAKLEE suruh kita bergerak maju, majukan diri kita, majukan perniagaan kita, majukan orang lain dan sebagainya. Kita perlu bergerak, dari yang baik kepada yang lebih baik. Takpun, kita kena bergerak keluar dari COMFORT ZONE, barulah kita akan dapat hasil yang lumayan. 

Jawapan 2

Tentunya Ali Baba boleh sembuh dari penyakit tangan berbunyi-bunyi ni. Tapi adakah dia betul betul sembuh dari penyakit utamanya. Penyakit utama ali baba tu bukannya tangan dia, bukanya sendi sendi yang reput tu, tapi penyakit itu ialah penyakit MALAS , dan penyakit ni, kalau kasi supplement biasa pun belum tentu pulih. Tapi supplement rohani boleh merawat penyakit utama ali baba ni. Sebagai kawan, sebagai insan, dan sebagai masyarakat yang prihatin, kita boleh membantu golongan ali baba ni untuk terus maju dan mengutip hasil yang lumayan. Ikhlaskan hati kita, tentu dia akan tersentuh dengan nasihat kita. Berdoalah kepada Allah, Allah yang menyembuhkan segala penyakit, bukannya ubat, shaklee, supplement dan sebagainya.

Apapun, terima kasih kepada Norliza Abd WahabZana Adieyza dan master Hadhatina kerana sudi jawab soalan saya . Semoga kita terus MAJU, KEEP ON MOVING BEBEH !!!! jom AJHT SHAKLEE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *